13 July 2009

NGV lebih selamat daripada petrol, diesel



KERATAN Kosmo! 11 Julai 2009.
KUALA LUMPUR - Jika Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) menyifatkan kenderaan gas asli (NGV) seperti 'peluru berpandu bergerak dengan bom', persatuan pengguna gas itu pula bangkit dengan dakwaan bahawa kenderaan mereka lebih selamat berbanding petrol atau diesel.

Malah, jika berlaku insiden tong NGV bocor, tidak akan berlaku letupan kerana gas itu lebih mudah meresap ke udara pada waktu kemalangan.

Presiden Persatuan NGV Malaysia (Mangva), M. Suaparmanyam berkata, WECAM cuba memesongkan tanggapan umum dengan memberikan fakta yang bukan sahaja tidak tepat tetapi menakutkan orang ramai.

Katanya, tangki silinder NGV bukan jenis mudah bocor dan meletup seperti tong gas memasak.

"Tangki silinder NGV tahan sehingga 15 tahun sebelum ditukar baru," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas amaran WECAM Sabtu lalu mengenai risiko kenderaan yang menggunakan tong NGV yang dipasang di bengkel-bengkel tidak bertauliah.

Komen: Apa-apa pun sekiranya berlaku kemalangan ( letupan ), pengguna juga yg akan menjadi mangsa. Tidak di terangkan bagaimana kejadian letupan spt. dlm gambar itu boleh berlaku.


Posted by:
SW L. Kinta

BLOG 1

 

Copyright © 2009 by Mengusik Minda