20 July 2009

DEPA KATA...!



Dari:Sejarah Negara Kedah Blog.

SEWAKTU HENDAK MENCAPAI KEMEREDEKAAN NAMA KEDAH ADALAH DIANTARA NAMA-NAMA YANG DICADANGKAN UNTUK NAMA NEGARA KITA. BETUL KAH?

DEPA KATA LAGI..SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA DIJUMPAI SEMASA SURFING. JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA?






Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

13 July 2009

NGV lebih selamat daripada petrol, diesel



KERATAN Kosmo! 11 Julai 2009.
KUALA LUMPUR - Jika Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) menyifatkan kenderaan gas asli (NGV) seperti 'peluru berpandu bergerak dengan bom', persatuan pengguna gas itu pula bangkit dengan dakwaan bahawa kenderaan mereka lebih selamat berbanding petrol atau diesel.

Malah, jika berlaku insiden tong NGV bocor, tidak akan berlaku letupan kerana gas itu lebih mudah meresap ke udara pada waktu kemalangan.

Presiden Persatuan NGV Malaysia (Mangva), M. Suaparmanyam berkata, WECAM cuba memesongkan tanggapan umum dengan memberikan fakta yang bukan sahaja tidak tepat tetapi menakutkan orang ramai.

Katanya, tangki silinder NGV bukan jenis mudah bocor dan meletup seperti tong gas memasak.

"Tangki silinder NGV tahan sehingga 15 tahun sebelum ditukar baru," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas amaran WECAM Sabtu lalu mengenai risiko kenderaan yang menggunakan tong NGV yang dipasang di bengkel-bengkel tidak bertauliah.

Komen: Apa-apa pun sekiranya berlaku kemalangan ( letupan ), pengguna juga yg akan menjadi mangsa. Tidak di terangkan bagaimana kejadian letupan spt. dlm gambar itu boleh berlaku.


Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

11 July 2009

KENDERAAN NGV UMPAMA BOM

SUMBER DARI KOSMO - 11/07/2009


KERETA menggunakan NGV ini meletup di sebuah stesen minyak di Cheras tahun lalu, mujur pemandunya terselamat kerana berada di hadapan kenderaan itu sewaktu kejadian.

PETALING JAYA – Beribu-ribu kereta di jalan raya yang menggunakan gas asli sebagai bahan api diibaratkan seperti ‘peluru berpandu bergerak dengan bom’, menurut Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM).

Setiausaha Agung persatuan itu, S. Piarapakaran berkata, kereta berkenaan diibaratkan seperti itu kerana pemilik kenderaan tersebut menggunakan bengkel-bengkel haram dan membiarkan mekanik yang tidak berkelayakan untuk memasang tangki gas berkenaan di kereta mereka.

Beliau berkata, penyelidikan WECAM menunjukkan bahawa hanya untuk menjimatkan beberapa ringgit, pemilik sanggup mengabaikan aspek keselamatan dengan menggunakan bahan dan hasil kerja yang tidak baik untuk dipasang di kereta mereka dengan tangki gas asli.


Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

BLOG 1

ISTIMEWA

MAKANAN MINDA UNTUK PELAJAR »
Examo-CKM 500 adalah sejenis pamakanan minda yang telah diformulasikan oleh Prof Dr Azizan Ismail supaya dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas dan runsing.
http://swkintaexamo.blogspot.com

BLOG 2

 

Copyright © 2009 by Mengusik Minda