19 January 2010

WP dan P. Pinang Boleh Guna Perkataan "ALLAH"



Jan 18, 10 3:00pm


Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun

Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.
Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

sumber: Malaysiakini.

Nota:

Woii...Ni apa cerita, kalau dah tak boleh tak boleh semua laa...
pasai apa negeri nie tak boleh negeri nu pulak boleh..
Ikut suka depa saja...
Woi..hat mana satu betui nie boleh ka tak boleh..?
Woi..mana pi Mujahideen yang berdemo tu..sunyi sepi saja..Mujahideen P.P dok buat apa berdemo laaa...!PERKASA..mana..? Pak Berahim awat senyap..!



Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

BLOG 1

ISTIMEWA

MAKANAN MINDA UNTUK PELAJAR »
Examo-CKM 500 adalah sejenis pamakanan minda yang telah diformulasikan oleh Prof Dr Azizan Ismail supaya dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas dan runsing.
http://swkintaexamo.blogspot.com

BLOG 2

 

Copyright © 2009 by Mengusik Minda