30 June 2009

Kuala Lumpur - Tersungkurnya Melayu Di sana


Oleh: Anuar Mohd Nor
Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan

“Semua pembantu gerai asing ghaib” - isu dan masalah peniaga kota dan DBKL, hari ini juga mendapat reaksi dari Norazimah Mohd Nor dalam blognya www.nnora75reform.blogspot.com . Beliau menceritakan penindasan DBKL dan kemungkinan rasuah yang berlaku.

Kota metropolitan itu bukan lagi untuk kita. Kuala Lumpur akan terus kecundang dan Melayu Kuala Lumpur akan terus dilanda kegawatan sosioekonomi sehingga Melayu itu sendiri akan pupus di celah-celah kehebatan dan kecanggihan teknologi serta pembangunan kemajuan. Melayu Kuala Lumpur adalah pelesir dan pengemis kota yang hari ini berdepan dengan virus kemiskinan yang semakin membengkak.

Kemiskinan kota semakin jelas menjadi satu epidemik yang gagal di bendung oleh kerajaan. Punca dan sebab masalah ini wujud memang sudah di ketahui oleh mereka. Penyelesaian sahaja yang tersangkut dan semakin tidak keruan dalam mencari ruang untuk pembaikan. Anak–anak kota semakin liar kerana ibu dan bapa semakin runcing menghadapi saingan perniagaan kecil dengan mereka yang bukan warganegara. Indonesia, Pakistan, India , Bangladesh, Cina dan seluruh warga PATI ( pendatang tanpa izin) berniaga sewenang-wenang tanpa ada keperluan untuk melangsungkan tanggungjawab sosial untuk negara ini.

Masalah sosial terbentuk apabila masalah berkaitan dengan ekonomi semakin membengkak. Penyakit sosial – berkembang, pendidikan anak-anak tidak lagi menjadi prioriti utama. Ini semua kerana – kos hidup yang meningkat dan keperluan untuk mencari nafkah seharian lebih penting dari hadir ke sekolah menuntut ilmu.

Melayu kota, semakin tersisih. Menjadi pelacur Melayu sendiri tidak akan menjanjikan kemewahan. Saingan sengit dengan pelacur Cina yang di bawa dan di import untuk terus merosakkan nilai kemasyarakatan negara ini. Berniaga kecil-kecil tidak perlu disebut lagi – semakin sukar dan semakin payah untuk bersaing. Justeru itu Kuala Lumpur akan pupus dari terus di miliki oleh individu bumiputera yang semakin terhambat keluar dari arus kemodenan dan pembangunan.

Ini masalahnya, kepentingan pendidikan untuk anak-anak penting tetapi kepentingan ini jatuh nombor dua kerana kepentingan untuk hidup esok semakin mendesak. Apa guna ke sekolah hari ini dan terus landa kelaparan untuk sehari. Tidakkah sebenarnya penting – untuk kita mengais pagi ini untuk makan pagi ini. Ini penting untuk mereka. Anak-anak muda tutup dari mendapat pendidikan awal sekolah semata-mata mencari rezeki untuk menambah peluang untuk hidup.

Masalah kemiskinan – hanya dikaitkan dengan wang dan ringgit. Masalah ini gagal di lihat dari sudut yang lebih besar. Kemiskinan gagal di lihat dari sudut terperangkapnya kita dalam keadaan yang tidak mempunyai ruang dan peluang untuk berkembang. Kemiskinan juga gagal di definisikan dalam konteks pertandingan yang tidak seimbang. Kemiskinan kota juga gagal di rujuk secara mendalam lantas sebarang tindakan adalah bersifat jangka pendek dan tidak konklusif.

Ambil contoh masalah Ah Long dengan penyelesaian – Skim Pinjaman Khas. Adakah kita sebenarnya tahu masalah asas mereka. Kita tidak bercerita mengenai pinjaman Ah Long kepada peniaga kecil seperti di Masjid India dan di tapak-tapak tajaan DBKL untuk mengayakan kapitalis tertentu. Penyelesaian yang dikatakan Skim Pinjaman Khas itu adalah penyelesaian jangka pendek. Penyelesaian sebenarnya melibatkan kefahaman kita mengenai masalah yang ada – kehadiran ulat-ulat dan apa yang di sebut “rambo” – kapitalis yang menekan dan memaksa kehidupan peniaga di situ di himpit kemiskinan. Ini semua perlu dikaji terlebih dahulu.

Kita juga berdepan dengan kepayahan hidup yang akan melibatkan putaran ganas kemiskinan berterusan. Kita gagal menyelesaikan masalah anak-anak muda yang sudah tidak bersekolah mulai umur 14 tahun lagi. Ini satu masalah besar. Kita tidak pernah mengkaji dengan lebih mendalam masalah ini dan impak anak-anak ini yang tidak bersekolah kepada perkembangan nilai kemasyarakatan khususnya di kota. Kita perlu menyentuh isu-isu kemiskinan seperti ini sekiranya kita mahu melihat perkembangan yang serata dan peredaran masyarakat kota dari garis kemiskinan yang ada. Kita perlu melihat secara mendalam dan bukan mengharap laporan yang di buat berpandukan statistik yang di buat tanpa membicarakan secara normatif dan melihat kepada kualitatif dan nilai keadaan semasa. Kita perlu menyentuh masalah mereka dengan sempurna – melihat dan bertanya dan bukan setakat hadir untuk menunjukkan sokongan atau membuat penyelesaian secara terburu-buru yang hanya menyelesaikan masalah jangka pendek.

Hari ini Melayu seakan terpisah antara yang ekstrem miskin dengan mereka yang sebenarnya hidup di bawah tahap kemiskinan. Keadaan kemiskinan yang tidak dapat di ubah kerana terhad ruang dan peluang amat membimbangkan. Dalam keadaan ekonomi meleset – kita lihat penekanan di buat terhadap peniaga kecil. Kadar sewa di naikkan semata-mata untuk menampung perkara-perkara lain yang tidak menjurus kepada membantu mereka.

Kajian perlu di buat bagi menyelesaikan banyak perkara yang menghantui Melayu kota – khususnya mereka yang berniaga secara kecil-kecilan. Kita perlu juga melihat masalah kemiskinan dari sudut yang lebih luas dan bukan sekadar mengira pendapat purata untuk melihat perkembangan ekonomi. Keadaan sosioekonomi yang semakin bergelora akan turut memberi impak kepada keadaan politik di Kuala Lumpur. Ini tidak akan menjamin tempat orang Melayu di bandar dan Melayu di bandar khususnya peniaga akan terus tersisih sebagai kaum yang semakin pupus di negara ini.

Adakah ini bukan satu kebenaran. Adakah kerajaan sudah berjaya melakukan apa yang dapat membantu Melayu secara terperinci atau kerajaan masih bercerita mengenai polisi nasional yang tidak mengambil kira sentimen dan kepayahan yang mereka lalui.

Kita perlu membicarakan isu kemiskinan Melayu kota secara terperinci. Membuat kajian masalah yang ada – kebanjiran PATI dan pihak kapitalis yang berniaga berlandaskan rasuah – membicarakan masalah Ah Long – membicarakan kemiskinan minda dan anak muda yang tidak lagi bersekolah di peringkat yang muda. Kita perlu bangkit dengan mencari masalah sebenar dan tidak hanya menekan kalkulator dan akhirnya mendapat keputusan kita sudah maju dan nasib orang Melayu sudah terbela.


Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

28 June 2009

ANCAMAN BARU TELEFON MURAH


Oleh AMREE AHMAD

Tindakan India mengharamkan jualan telefon murah buatan China dan Taiwan kerana tiada IMEI mendedahkan bahaya senyap yang tidak disedari pengguna sejak sekian lama.
JIKA anda berhasrat hendak berniaga di India, antara produk yang mungkin sesuai dijual di pasaran negara itu ialah telefon bimbit. Jangan terkejut, pengguna talian mudah alih di negara rantau Asia Selatan itu kini mencecah lebih 415 juta orang



Angka itu baru meliputi 36 peratus daripada keseluruhan penduduknya yang berjumlah 1.2 bilion. Jirannya, Pakistan turut mencatat senario yang sama dengan memiliki 93 juta pengguna telefon selular atau 58 peratus daripada jumlah penduduk.

Tetangga miskin, Bangladesh tidak kurang hebat apabila merekodkan 46.5 juta pelanggan atau 29 peratus daripada keseluruhan penduduknya. Sekadar perbandingan, Malaysia agak jauh ketinggalan dengan cuma 20 juta pengguna.

Bagaimanapun pada minggu lalu, dunia gempar dengan tindakan drastik kerajaan India mengharamkan pengimportan telefon mudah alih dari China dan Taiwan. Alasannya ialah sebagai antara langkah keselamatan domestik.

Ini kerana telefon buatan dua buah negara itu dikesan tidak dilengkapi dengan International Mobile Equipment Identity (IMEI). Ironi, kod siri 15 digit itu sebenarnya bukan syarat standard pembuatan produk telekomunikasi.

Namun tidak ramai tahu bahawa tanpa IMEI, pengguna boleh melakukan sabotaj kerana panggilan yang dibuat gagal dikesan oleh operator telekomunikasi. Malah pihak berkuasa juga tidak dapat menjejaki rekod mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirim si penjenayah.

Langkah berani itu dipuji Presiden Persatuan Selular India, Pankaj Mohandroo yang sekian lama meminta pihak kerajaan berbuat demikian.

“Kami sudah letih berkempen mendesak kerajaan menyekat kemasukan telefon bimbit dari China dan Taiwan, bahkan ada bukti suspek pengganas siri serangan di Mumbai juga menggunakan produk telekomunikasi ini kerana ia tiada IMEI,” jelas beliau.

Ketiadaan siri itu yang biasanya dilekatkan di belakang telefon bimbit turut mendedahkan pengguna kepada risiko jika berlaku kecurian. Data di dalam telefon juga boleh dieksploitasi penjenayah untuk memintas dengar perbualan.

Hakikat yang tidak disedari ramai ialah telefon tanpa IMEI sebenarnya banyak terdapat di pasaran. Ia menerima permintaan tinggi kerana berharga murah. Di India, telefon sedemikian dijual dari serendah RM60 sehingga RM120 sebuah.

Kelebihan IMEI

Di Malaysia, telefon jenis ini lazim dikenali sebagai AP iaitu rujukan kepada telefon selular bukan tulen yang dipasang dalam negara. Ia tiada jaminan jika rosak dan berbeza dengan produk asli biasanya disebut sebagai Zitron atau Avax.

Sehingga kini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu IMEI. Singapura yang terkenal dengan undang-undang ketat juga belum mewajibkan IMEI.

Tidak hairanlah republik itu menghadapi lambakan telefon bimbit tanpa IMEI yang dijual murah. Ada secara sinis berkata, ketiadaan IMEI membolehkan suspek militan berbahaya, Mas Selamat Kastari gagal dikesan sebelum dia meloloskan diri ke Johor.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini tidak memberi apa-apa ulasan berkenaan tindakan keras India itu. Malaysia cuma mewajibkan pendaftaran untuk pengguna baru sama ada pakej prabayar atau pascabayar.

Situasi sebegini bakal mendedahkan negara kepada risiko pemalsuan data pengguna kerana rekod pendaftaran boleh diubah suai. Bahkan peraturan mengenai IMEI tidak dinyatakan secara terang termasuk menerusi laman web SKMM sendiri.

Ini bermakna pemasangan kod IMEI adalah tertakluk kepada budi bicara pengeluar telefon bimbit. Mungkin ada berpendapat, IMEI mengganggu hak asasi individu kerana pergerakan dan data peribadi pengguna dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Ia ada kebenaran tetapi perkembangan semasa membuktikan IMEI lebih banyak kebaikan daripada keburukan terutama aspek keselamatan. Di Eropah, mangsa culik atau sesat di hutan mudah dijejaki dengan bantuan IMEI dari telefon bimbit.

Bayangkan walaupun bateri telefon itu sudah habis, pihak berkuasa dapat mencari mereka kerana frekuensi IMEI dipancar melalui isyarat bateri kecemasan. Jika dicuri, telefon tersebut masih boleh dikesan waima ditukar kad sim pemilik.


Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

27 June 2009

KUBUR: LARANGAN DARI RASULULLAH SAW

Telah menjadi trend masa kini sesetengah kuburan orang Muslim akan di hias dan di jaga dengan rapi oleh ahli keluarga si mati. Tidak menjadi kesalahan kalau sekiranya kuburan di jaga denhan rapi dan bersih, tetapi menghias dengan marmar dand sebagainya adalah di larang seperti sabda Rasulullah SAW Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,“Rasulullah shallallaahu 'alaihi WA sallam telah melarang kuburan dikapur(di simen), dijadikan tempat duduk, Dan juga didirikan bangunanHadith Riwayat Imam Muslim)



Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga Dan seumpamanya bersama
Jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang
Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir Dan Melayu kuno dalam
Upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
Mensia-siakan harta tanpa faedah Dan memberi makna bermegah-megah Dan
Berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) Dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
Shallallaahu 'alaihi WA sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta
Yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah Dan menunjuk yang amat
Dimurkai Allah subhanahuwata'ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

“Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
Diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
Semua berhala Dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Semoga apa yang yang di paparkan di sini akan memberi menafaat kepada pengunjung blog ini.

Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

25 June 2009

BAYI HILANG DALAM KANDUNGAN


Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Sumber KOSMO

Betapa terkejut, tidak percaya dan juga luruh emosi seorang bakal ibu apabila mengetahui kandungannya yang berusia lebih lapan bulan tiba-tiba hilang. Dari sudut apakah fenomena ini hendak dihuraikan?

DISEMBER tahun lalu, impian sepasang suami isteri di Kedah untuk menimang cahaya mata sulung selepas dua tahun berkongsi hidup tidak menjadi kenyataan apabila mendapati bayi yang dikandung si isteri tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan melalui teknik imbasan.

Segalanya umpama sebuah misteri bagi si wanita yang berbunga harapan selama hampir sembilan bulan itu. Dalam kes tersebut, wanita itu telah disahkan mengandung pada Mac 2008 melalui pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur.

Dia dijangka bersalin pada tarikh yang telah dicongak iaitu 29 November. Namun, kelahiran yang ditunggu-tunggu itu tidak menjadi kenyataan.

"Doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung. Bentuknya juga sudah kempis," ujarnya yang mendakwa terasa lenguh-lenguh badan, perut memulas dan kemudian mengalami demam panas pada hari-hari terakhir sebelum kandungannya hilang.

Sudah banyak kes yang dilaporkan media mengenai kejadian seperti ini. Bukan sahaja di Malaysia, kegemparan cerita kandungan yang lesap ini berlaku di seluruh dunia tanpa mengira latar bangsa, status sosial dan kepercayaan agama.

"Kes kehamilan palsu yang menyebabkan kandungan menghilang secara tiba-tiba memang wujud dalam dunia perubatan.

"Ia dikenali sebagai pseudosiesis atau dalam istilah Inggeris - phantom pregnancy," kata Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Pseudosiesis adalah suatu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik. Ia membabitkan gangguan faktor mental dan fizikal yang menyebabkan perubahan pada badan hinggakan sosok tubuh wanita yang tidak mengandung menyamai ciri-ciri wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) itu menjelaskan, apabila seseorang wanita terlalu percaya atau mengharapkan kehamilan, tubuhnya akan menghasilkan hormon yang menyebabkan perubahan-perubahan tertentu.

Paling jelas adalah pertambahan berat badan (khususnya di bahagian perut) selain simptom-simptom klasik lain seperti rasa mual serta tegang perut.

Hujah medikal dan psikologi

"Apabila minda 'menipu' tubuh, paras estrogen mereka melonjak naik. Apabila dalam keadaan sakit, stres atau tertekan, mana-mana wanita pun boleh mengalami gangguan dalam sistem badannya. Ini termasuklah ketiadaan haid, rasa loya dan muntah," jelas beliau.

Tidak hairan juga kalau ketidakseimbangan hormon itu turut membuatkan payu dara membesar dan mengeluarkan susu.

"Perut yang semakin membesar sebenarnya disebabkan lemak yang terkumpul di bahagian tersebut. Ada juga yang merasakan seperti ada pergerakan bayi dalam kandungan walhal tiada janin di dalamnya," terang Jamiyah.

Beliau merumus, belum ada kajian menyeluruh tentang punca pseudosiesis. Ia tidak boleh sepenuhnya ditangani dari perspektif medikal atau ginekologi tanpa mengambil kira keseriusan permasalahan emosi.

Hakikatynya, sutradara yang mengarahkan sistem tubuh untuk melakukan sesuatu dalam menjalani rutin kehidupan adalah otak.

Apabila otak mencetus isyarat untuk bekerja matlamat tertentu, maka faktor biologi akan menurut dan di situlah bermulanya konsep kepercayaan.

"Sama seperti wanita yang mahu dirinya hamil untuk melepaskan diri daripada desakan sosial, fizikalnya akan terdorong ke arah keinginan tersebut.

"Lebih-lebih lagi jika pasangannya (suami) mengizinkan perkara itu berlaku dengan turut memberi harapan," jelas Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Maizatul Akmam Abu Bakar.

Menurutnya, secara tidak langsung sokongan itu akan meningkatkan keberkesanan emosi isterinya sedangkan akhirnya mereka yang akan kecewa.

Lebih malang, tekanan yang dihadapi lebih menyeksakan apabila cerita 'kehilangan' kandungan itu dilabel sebagai karut oleh doktor dan masyarakat yang melemparkan tuduhan seperti wanita itu sengaja mengada-adakan cerita kehamilannya.

"Selain sokongan keluarga, wanita itu perlu dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri. Mereka diajar untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri.

"Ini bermakna minda mereka perlu dilaras semula agar memikirkan perkara-perkara yang lebih positif," terang Maizatul.

"Hanya apabila seseorang ibu itu boleh menunjukkan bukti sahih bahawa pemeriksaan ultra bunyi sebelum itu sudah menunjukkan sifat fizikal bayi atau denyut jantung, tetapi akhirnya bayi itu hilang, maka kita perlukan penjelasan lain," ujar Jamiyah apabila diajukan tentang sisi mistikal bayi yang ghaib dalam kandungan.

Serba-sedikit pertembungan konsep itu dihurai oleh pakar khidmat runding dan nasihat spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus. Beliau mengakui pernah merawat tidak kurang daripada 10 wanita yang terganggu emosi akibat kehilangan bayi dalam rahim.

Muslihat dari alam lain

"Wanita-wanita itu mendakwa mereka bermimpi didatangi entiti yang mengingatkan bahawa kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula," ujar Engku yang tidak menolak kemungkinan kehamilan yang disebabkan 'dampingan' atau 'tumpangan' makhluk halus.

Walau bagaimanapun Engku menegaskan, perhubungan antara manusia dan jin sebenarnya tidak akan menghasilkan anak manusia.

"Sebaliknya, anak-anak daripada kaum jin itu yang bertambah bilangannya jika berjaya memperdaya manusia melalui apa cara sekalipun," katanya.

Apabila diperdaya, seseorang mudah taksub kepada sesuatu. Ini termasuklah meyakini paparan imej bayi dalam rahim melalui teknik imbasan di hospital, sedangkan mereka perlu sedar bahawa ralat teknikal dan muslihat jin juga suatu faktor penyebab.

"Oleh itu, kaum ibu perlu kembali kepada apa yang diajar melalui al-Quran dan Sunah.

Adab, petua dan doa perlu sentiasa mengiringi langkah dan setiap perbuatan agar dilindungi Allah daripada fitnah, penipuan dan helah jin serta syaitan. Golongan itu sentiasa mahu menggoyah akidah umat Nabi Muhammad s.a.w.," pesannya.
Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

24 June 2009

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU


Renungan bersama.....
Sumbangan dari Pn. Hj. Napisah

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."



Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

23 June 2009

PENDINDING RUMAH

Aku tak pasti amalan ini berkesan atau pun tidak dan aku sendiri pun tak pernah mencubanya. Lagipun kawasan perumahan aku adalah jenis rumah teres. Agak susah nak melakukannya. Tapi kepada yang berkeyakinan bolehlah mencubanya. Dan segala risikonya adalah tanggungjawab sendiri. Aku terjumpa cara amalan ini dari http://kitab.junjungan.net/pagar_rumah.html. Cara amalannya adalah seperti berikut..

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

Ini tembok Nabi Sulaiman
Dalamnya laut luarnya kota
Kalau kamu pecah kota ini
Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.
Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.




Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya


Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

ANGKARA SAKA


(Petikan artikel Dimensi - Berita Minggu 19 Ogos, 2007)
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar

IA bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.

Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.

Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.

Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.

Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.

Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.

“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.

“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).

Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.

“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.

“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.

“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.

Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.

“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.

FAKTA: Saka

• Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.

• Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

• Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

• Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

• Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.

• Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.

Antara jenis saka

• Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.

• Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.

• Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.

• Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.

• Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.

• Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.

• Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

21 June 2009

Selamat Hari Bapa



SELAMAT HARI BAPA
Semoga bapa-bapa di Malaysia dapat menjadi seorang bapa yang baik dan berhemah. Dapat menjadi model yang terbaik buat anak-anak. Menjadi bapa yang di hurmati oleh anak-anak dan bukan di takuti.






Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

19 June 2009

Surga Dibawah Tapak Kakinya

Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu. Sekiranya aruah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur hidup mak. Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya. Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah. Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian bercelaru.

Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah aruah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu. Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya. Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitu sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuan bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh. Begitulah impian aruah atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di mukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwinle sampai ke tua gayut.

Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23 tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu. Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Mak benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung tidak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini. Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam tembolok mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di kemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi. Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang aruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi. Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu. Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini. Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan kesedihan. Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah, Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.

Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan. Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasakan kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah us ia ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.

Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga. Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi. Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi. Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah. Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah mak terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia. Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni. Sepi dengan segala-galanya.

Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik beradik aruah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi. Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak.

"Opah! Opah!" "Assalamualaikum!" "Opah! Opah!" Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya. Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir. "Hah..Kamarul masuklah"

Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya yang rajin menziarahnya itu. Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari rumahnya itu.

"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.

"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati mak.

Hati mak tersentuh lagi. Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah, anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa boleh buat, Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya. Apakah malang nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak suka. Hiba.

Mak memandang jauh keluar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.

Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya. Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu. Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini. Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin.

"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Janganle nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi.

"Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, sekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah. "Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata tak nak! Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan dia aje. Malu orang tengok mak nanti," Hati mak semakin hiba. Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.

Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama 9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi. Sebak di dadanya tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat. Kekecewaan bergelinang di lubuk hatinya.

Hati tuanya kian terusik. Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir. Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini. Air mata itu semakin deras mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi empangannya. Semakin lama semakin deras. Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak alami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya.

"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak menjejakkan kakinya di ambang pintu.

Hati mak semakin merekah kesedihan.

"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah.

"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke? Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!" dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya. Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.

"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlaku apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tu duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang susah!"

"Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?" Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus. "Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.

"Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini. Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak. Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.

"Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu keadaan memaksa perasaan. "Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!" cetusan mak semakin menyala.

"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?" Air mata mak tidak dapat dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya.

"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung. Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku. Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka. Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurga itu di bawah telapak kakiku,"

Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya goyah. Kesetian hati tuanya pada kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari. Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum. Tersenyum kerana semuanya telah berakhir.

"Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.


Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

17 June 2009

THAILAND ASALNYA BENUA ISLAM

Negara Thailand Asalnya Benua Islam Kedah
Oleh : Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad

Saya merujuk kepada Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 171 lampiran 65, manuskrip bertulisan jawi yang diwartakan pada tahun 222 Hijrah bersamaan 812 masihi

Konflik keganasan yang sedang membara di Wilayah Selatan Thailand bukanlah masalah ekonomi. Sebaliknya ia lahir dari rasa tidak puas hati tentang penjajahan Dinasti Chakri Sokho Thai yang kini diterajui oleh Raja Buddha Bhumiphol Adulyadej. Dinasti ini bermula pada tahun 1736 oleh pendatang tentera dari puak musuh Raja Buddha Rama Kha Meang dari India. Mereka menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokha Thai di Luang Prabhang,Benua Islam Siam Kedah Kheag Tesh. Sejarah bermula pada tahun 1752 apabila mereka menyerang Kerajaan Thong Oo Siam ketika itu dipimpin oleh Maha Dammaiyaza Dipati.Baginda berundur ke Ayuthia dimana baginda di kenali sebagai Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol.

Putera baginda Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol bernama Koya Long dan bergelar Po Chan semasa memerintah di Kemboja Cempaka Sari dan kemudiannya kembali ke Kedah setelah diserang oleh Alaungphaya. Nagara Kedah adalah tempat asal keturunannya (keturunan Merong Mahawangsa) dan baginda memerintah sebagai Sultan Mudzaffar Syah III setelah ayahanda baginda mangkat dibunuh Thai dalam tahun 1821. Baginda bersemayam di Istana Kuala Kangsar. Pada ketika itu Perak belum lagi sebuah negeri tetapi sebuah daerah dibawah Kerajaan Nagara Kedah.

Pada tahun 1767, kerajaan Lannathai menyerang raja Siam Dinasti Ayuthia Boromoraja V Ekataat Sultan Syarif Syah (Ekataat bermaksud, kami taat). Serangan ini ada disebut dalam buku “A History of South East Asia”,Prof DGE Hall, 1955. Berikutan dengan tarikh serangan ini sebarang pembelajaran sejarah di Malaysia sepatutnya menyebut Thai selepas tarikh ini dan menyebut Siam sebelum tarikh ini. Perbezaan ini penting kerana Thai beragama Buddha sementara Siam beragama Islam. Di dalam buku manuskrip Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 43 menyatakan tahun 1199 Hijrah bersamaan tahun 1288 Masihi Sultan Syarif Syah Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah bersemayam di Ayuthia Kota Meang Kuang, Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Tempat ini berdekatan dengan Banai (Ban-Nai, bermaksud Kampung-Syed), Bandar Darul Aman.

Pada tahun 1821, dikenali sebagai tahun musuh bisik, Rama II Chakri Sukhothai menyerang Kedah lalu membunuh Sultan Syarif Syah di Ayuthia Kota Meang Kuang. Pada tahun 1836 Rama V Chakri Sukho Thai Mongkut menukar nama Siam kepada Thailand. Penggantinya, Chakri Sukho Thai Chula Long Khorn pula menyerang Kedah dan membunuh Maharaja Siam terakhir yang memerintah Kedah iaitu Nai Long Jaafar yang bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah.

Nama baginda Sultan Jaafar Madazam Syah telah dipadamkan dari sejarah Kedah kerana baginda dikira sebagai menggangu salasilah raja daerah ketika itu. Nai Long Jaafar adalah putera kepada Maharaja Siam Islam bernama Nai Lang@Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Raja daerah yang dimaksudkan ialah Raja Kota Setar yang mana pada hari ini menjadi Salsilah Kesultanan Kedah. Daerah-daerah di Kedah mempunyai raja yang memerintah daerah dan mereka bergelar Paduka Seri Sultan. Pada ketika itu terdapat raja-raja daerah seperti Raja Kulim, Raja Kubang Pasu, Raja Bagan Serai, Raja Pulau Pinang dan yang kekal hingga kehari ini, Raja Perlis. Bukan itu sahaja, malah di Pattani, Acheh yang berada dibawah jajahan Nagara Kedah menggunakan gelaran tersebut.

Pada zaman Khalifah Sharif Shah memerintah di Kedah (1767-1821), Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Adilin menjadi Penghulu Berahman Indera (sekarang Balai Besar Alor Setar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Baginda bukan Sultan Kedah seperti yang disebut oleh pengkaji sejarah tempatan. Di samping itu baginda adalah adik ipar Khalifah Syarif kerana baginda berkahwin dengan Nang Che Puan, adinda kepada Khalifah Syarif yang menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah pada ketika itu. Sultan Abdullah yang disebut sebagai Sultan Kedah yang bersemayam di Pulau Pinang juga tidak benar. Baginda adalah Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang dan dilantik oleh Khalifah Syarif menjadi raja dan mengutip cukai disitu. Keberadaan Paduka Seri Sultan Abdullah, sebagai Raja Pulau Pinang sekaligus menyangkal bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Sir Francis Light.

Paduka Seri Sultan Abdullah adalah putera dari isteri kedua, Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin yang bernama Tengku Puteri. Apabila Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin mangkat, Khalifah Syarif Syah, sebagai Maharaja Siam Islam Nagara Kedah telah menabal Tengku Long Putera sebagai Penghulu Berahman Indera (Balai Besar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Tengku Long Putera adalah putera isteri pertama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Abidin yang bernama Paduka Bonda Nang Che Puan. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Paduka Seri Sultan Abdullah lantas bertindak menggadaikan Pulau Pinang kepada Inggeris. Tengku Long Putera, Laksamana Datu dan adindanya Tengku Anjang Johan telah menjadi korban Musuh Bisik (dibunuh Thai) dalam tahun 1821. Namun begitu masih ada mereka-mereka yang menafikan hakikat ini dengan mengatakan mereka berdua kononnya berpindah ke Sumatera sedangkan pembunuhan mereka dirahsiakan oleh kerabat yang bersekongkol dengan Thai kerana mahukan kuasa. Makam mereka dua beradik masih berada di Kedah tetapi bukan di Makam di Raja Langgar tetapi didalam hutan rimba dan sahaja dibiarkan begitu.

Pada hari ini kita lihat pemerintah Thailand keturunan penjajah Dinasti Chakri Sokho Thai Bhumiphol Adulyadej (bahasa Siam suku-tai bermaksud puak-kafir) telah menghantar tenteranya keselatan Thailand dengan kaedah ‘menghilangkan etnik melayu siam islam’. Dakwaan ini dibuat oleh Pengarah Human Rights Watch Asia, En. Brad Adams.

Penulis adalah waris mutlak Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh Thai dalam tahun 1876.

PS: Artikel ini di ambil dari sejarahnegarakedah.blogspot.com. Kredit kepada Anaianai.


Posted by:
SW L. Kinta
Read More......

16 June 2009

Penghijrahan Malek Nor

Penghijrahan Malek Noor
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"enghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

p/s : Alhamdulillah.....setiap yg hidop pasti akan mati, mudahan2 taubat beliau diterima Tuhan.....



Read More......

BLOG 1

ISTIMEWA

MAKANAN MINDA UNTUK PELAJAR »
Examo-CKM 500 adalah sejenis pamakanan minda yang telah diformulasikan oleh Prof Dr Azizan Ismail supaya dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas dan runsing.
http://swkintaexamo.blogspot.com

BLOG 2

 

Copyright © 2009 by Mengusik Minda