21 February 2011

Kereta Terbakar 1 Terbunuh 3 Parah


Kereta terbakar, keluar cepat!” jerit seorang penumpang Proton Saga BLM yang terbakar akibat kemalangan di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang, dekat sini, awal pagi semalam, yang berakhir dengan seorang daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi parah.

Saksi kejadian, Sariza Othman, 24, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi apabila kereta yang dinaiki empat remaja terbabit bertembung sebuah pikap, Nissan Frontier.
Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu kereta bersama seorang teman sebelum melihat sebuah Perodua Viva memotong keretanya sebelum diikuti rapat kenderaan pacuan empat roda terbabit.

“Ketika di persimpangan lampu isyarat Sungai Udang-Bertam Ulu, pacuan empat roda itu cuba memotong Perodua Viva, tetapi gagal dan bertembung Proton Saga BLM dari arah bertentangan.

“Saya memberhentikan kereta dan melihat Proton Saga itu terbakar. Seorang daripada penumpang kereta itu keluar dan saya serta dia menjerit menyuruh rakannya keluar kerana takut kereta meletup.

“Ketika itu suasana pilu kerana saya dengar sayup-sayup jeritan meminta pertolongan daripada tiga lagi remaja yang terperangkap di dalam Proton Saga yang terbakar,” katanya.

Sariza berkata, dia bertambah sebak apabila melihat tiga remaja yang tersepit di tempat duduk masing-masing meronta sambil melambaikan tangan meminta tolong supaya dikeluarkan daripada kereta yang terbakar.

“Selepas itu, berlaku letupan kuat daripada kereta dan api semakin marak menyebabkan usaha

beberapa pengguna jalan raya untuk mengeluarkan tiga mangsa terbabit agak sukar.

“Mujur, satu daripada pintu berjaya dibuka biarpun ketika api marak. Beberapa pengguna jalan raya mengeluarkan tiga mangsa terbabit dan sebaik saja mangsa terakhir dikeluarkan, berlaku satu lagi letupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Dzarif Iskandar Dzul dan siasatan awal menunjukkan remaja berusia 17 tahun itu dipercaya memandu Proton Saga BLM terbabit.

“Mangsa yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin parah dan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Kem Terendak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, polis masih menyiasat identiti tiga rakan mangsa yang menaiki kereta berkenaan dan siasatan awal mendapati mereka dikenali sebagai Mohd Firdaus, 17, Abdul Wafi, 17, dan Azani, 20.

Beliau berkata, ketiga-tiga remaja itu serta pemandu Nissan Frontier, Mohd Sahid Suhaimi, 18, yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga remaja menaiki Proton Saga BLM itu tinggal di Taman Seri Aman dalam perjalanan ke Sungai Udang sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda yang memotong sebuah kereta di depannya,” katanya.

Seorang lagi saksi, Abdul Kahar Omar, 23, berkata dia bersama empat rakannya dalam perjalanan menuju Pasir Panjang, Port Dickson, berada di hadapan pacuan empat roda terbabit, sebelum dipintas kenderaan itu.

Katanya, kemalangan berlaku terlalu pantas kerana mereka melihat jelas ketika dua kenderaan itu bertembung dan melantun ke belakang sebelum terdengar letupan kecil. -harian metro
Read More......

17 February 2011

Hanya 3 Melayu Antara 20 Individu Terkaya Di Malaysia


Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.
Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion. - Malaysiakini

Nota: Setelah lebih 50 tahun merdeka hanya 3 orang saja..?
Dimana silapnya...
Read More......

16 February 2011

Derita fitnah facebook


Facebook merupakan satu laman sosial yg amat popular. Pengguna-pengguna facebook menggunakan laman ini sebagai tempat mencari kenalan lama dan menambah kenalan baru. Namun terdapat juga pengguna facebook menggunakan laman ini untuk menegembangkan perniagaan mereka dengan menambah rangkaian perniagaan atau jaringan perniagaan. Dalam kebaikan cara penggunaan laman sosial ini masih terdapat yg menyalahgunakan laman sosial ini dengan melakukan fitnah terhadap individu tertentu. Antaranya ialah:
Oleh Noor Hastikah Hassan dan Nur Qhurratul Ainn Maznee
am@hmetro.com.my
BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.
“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.


Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.

Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.


“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya...... Seterusnya di sini Derita Fitnah Facebook

Nota:
Jadi berhati-hatilah bila meletakkan butir-butir perbadi di mana-mana laman sosial atau memberi maklumat peribadi pada mana mana individu.

Read More......

14 February 2011

Peristiwa Penting di Bulan Rabiulawal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.>br>
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sumber alazim.com
Read More......

Di Terkam Harimau


Ipoh: “Harimau itu cuba membaham kepala dan leher tetapi saya memberanikan diri menumbuk kepalanya dengan tangan kanan manakala tangan kiri mencekup mulutnya,” kata Tambun Gediu, 60, lelaki Orang Asli yang cedera diserang harimau di hutan berdekatan rumahnya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Grik itu, mangsa yang diserang harimau belang seberat antara 80 dan 90 kilogram itu cedera di kepala, muka, leher, belakang badan dan kedua-dua lutut.

Tambun yang ditemui di Wad 4A, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam berkata, ketika kejadian, dia sedang merangkak sambil menyumpit seekor tupai di hutan berdekatan rumahnya sebelum menyedari harimau tiba-tiba muncul dari belakang dan cuba menerkamnya.

Terkejut dengan kemunculan harimau itu, dia lari menyelamatkan diri dan memanjat pokok berdekatan, namun haiwan berkenaan sempat menerkam kakinya menyebabkan dia terjatuh sebelum diserang dan dicakar.
Ketika itu, dia mampu melengahkan haiwan itu itu daripada mencederakannya dengan menumbuk dan menggenggam mulut harimau itu sambil menjerit meminta tolong.

“Nasib baik isteri saya (Han Besou, 50) mendengar jeritan saya kerana rumah kami tidak jauh dari situ. Isteri saya datang dan mengetuk kepala serta badan harimau itu dengan senduk kayu menyebabkan haiwan itu beredar,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Grik, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, Tambun dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Grik (HG) kira-kira jam 8.45 malam kelmarin, 12 jam selepas kejadian itu.

Beliau berkata, luka dalaman dialami mangsa di lutut kanan dan kiri menyebabkan dia dipindahkan ke HRPB semalam bagi rawatan lanjut.

“Kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) mengambil masa agak lama mengeluarkan mangsa bagi mendapatkan rawatan berikutan keadaan perkampungan itu jauh terpencil di pedalaman.

“Mangsa dibawa menggunakan bot dari perkampungan itu ke Jeti Awam Banding sebelum dikejarkan ke HG,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon ketika ditemui selepas melawat Tambun mangsa semalam berkata, lelaki itu dalam keadaan stabil dan baru selesai menjalani pembedahan di lutut.

“Mangsa juga akan menjalani proses rawatan lanjut bagi membersihkan luka dialami akibat diserang harimau itu sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Shabrina Shariff berkata, pihaknya menghantar kakitangan ke kampung berkenaan bagi membuat pemantauan dan mengesan jejak haiwan itu.

Menurutnya, perkampungan itu berdekatan dengan kawasan Hutan Belum dan tidak mustahil haiwan terbabit muncul di kawasan berdekatan kerana ia sebahagian habitatnya.

“Bagaimanapun, kami akan memantau keadaan itu dan menasihati penduduk setempat lebih berhati-hati terutama ketika memburu di hutan,” katanya. -hm
Read More......

13 February 2011

Khasiat Daun Mengkudu

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my


KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida.

Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.

Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.

“Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu dalam bentuk serbuk.

“Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.
Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.

“Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.
“Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.

Melalui kajian saintifik

Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.

“Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.

“Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas beliau.

Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

“Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik.

“Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.
Azizah memberitahu, kajian yang mendapat geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mempunyai kebaikan berganda kerana ia adalah daripada bahan semula jadi dan bukan sintetik.

“Proses pengekstrakan yang dilakukan juga menggunakan kaedah mesra alam kerana kami tidak menggunakan bahan pelarut yang tinggi sebaliknya karbon dioksida untuk tujuan pemencilan.

“Proses penghasilan dan bahan makanan berfungsi yang menggunakan daun mengkudu ini juga telah dipatenkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC). Ia belum pernah ada dalam pasaran,” jelas beliau.

Perkembangan produk

Projek yang dimulakan pada tahun 2005 dan dijangka selesai pada tahun 2014 itu kini sedang melalui fasa pra pengkomersialan. Selepas dipatenkan, Azizah dan kumpulannya kini sedang dalam proses menarik minat pelabur terutama syarikat-syarikat yang berminat dengan produk tersebut.

“Ketika ini kami menyasarkan pasaran Malaysia tetapi ia masih dalam perancangan dan penyusunan. Penyelidik UPM lain yang terbabit ialah Mohd. Sabri Pak Dek, Profesor Azizah Osman dan Dr. Masturah Markom,” katanya.
Menurut Azizah, melalui produk dan teknologi yang dinamakan sebagai ingredien fungsian makanan tinggi antioksida itu, beliau menyasarkan pengguna industri makanan dan bahan makanan.

“Kos bahan ini adalah lebih kurang RM10 sehingga RM20 untuk 1,000 miligram yang sesuai digunakan untuk pembangunan makanan atau minuman fungsian. Penambahan kira-kira 50 hingga 100 miligram ingredien fungsian mencukupi untuk 200 milimeter minuman.

“Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi pingat perak pada Anugerah Pameran dan Kajian UPM tahun 2006,” tambahnya.

Katanya lagi, mengikut trend global, pengguna kini lebih menghargai produk hijau dan semula jadi yang diyakini lebih selamat.

“Jualan tahunan produk herbal Malaysia ketika ini dilihat berkembang pada kadar 15 ke-20 peratus setiap tahun, dua kali ganda berbanding penggunaan di Amerika Syarikat (AS),” katanya.
Read More......

BLOG 1

ISTIMEWA

MAKANAN MINDA UNTUK PELAJAR »
Examo-CKM 500 adalah sejenis pamakanan minda yang telah diformulasikan oleh Prof Dr Azizan Ismail supaya dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas dan runsing.
http://swkintaexamo.blogspot.com

BLOG 2

 

Copyright © 2009 by Mengusik Minda