KUALA LUMPUR 4 APRIL: Kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak dijangka terjawab berikutan pengumuman senarai penuh calon KEADILAN di negeri itu berlangsung di Gerik 11 malam ini.
Pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu yang dihadiri Ketua Umum.
Perak mencatat sejarah menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon, diikuti lain-lain negeri.
Pengerusi KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman kerusi mana yang akan menjadi pilihan Anwar masih belum dapat dipastikan.
“Kerusi mana pilihan Datuk Seri kita belum tahu lagi. Kita tunggu malam ini mungkin dia akan buat kejutan.
“Apapun, semua calon dan jentera pilihan raya negeri bersedia penuh untuk PRU 13,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pada sidang media di Ipoh semalam, Muhammad Nur berkata, KEADILAN Perak akan menampilkan hampir 60 peratus muka baru di samping calon wanita bagi memperkukuh kemenangan di negeri itu.
Beliau berkata, status quo bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) KEADILAN Negeri masih dikekalkan seperti mana PRU 12 lalu iaitu 10 (Parlimen) dan 20 (DUN).... (Baca seterusnya di http://perakitedaily.blogspot.com/2013/04/kerusi-ditandingi-anwar-di-perak-bakal.html
Read More......